Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[saing] | ساءيڠ

Definisi : 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama (berjalan, ber-gerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg ditinggalkan dahulu; bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; bersaingan bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saing] | ساءيڠ

Definisi : banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saing] | ساءيڠ

Definisi : Mn taring; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saing] | ساءيڠ

Definisi : orang yg menjadi kawan; teman: Wahi memang ~ saya yg baik. bersaing 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. menyaingi mengikut serta; mengiringi: Ketika sam­pai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[saing] | ساءيڠ

Definisi : pasangan yg sepadan; jodoh atau regu yg berpatutan: Gadis itu tidak akan menerima pinangan orang yg bukan ~nya. bersaing berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. menyaingi melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. saingan lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. bersaingan ada saingannya; dlm keadaan bersaing. persaingan perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affiliated partnerrakan kongsi bergabungPelanconganTiadaHotel atau agensi pelancongan yang bekerjasama untuk meningkatkan daya saing.
affiliated hotelhotel bergabungPelanconganTiadaSekumpulan hotel yang bekerjasama untuk mencapai tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk dan meningkatkan daya saing.

Kembali ke atas