Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fairtradeperdagangan saksamaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja.
fair-share planrangsangan saksamaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu konsep dalam perancangan yang memastikan setiap golongan masyarakat mendapat bahagian yang saksama.
just compensationpampasan saksamaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
social justicekeadilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLayanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan.
gender diversitykepelbagaian jantinaSosiologiTiadaSuatu keadaan yang adil dan saksama bagi menerangkan identiti individu daripada pelbagai jenis jantina.
net neutralitykeneutralan rangkaianTeknologi MaklumatTiadaPrinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) harus memberikan akses secara saksama dan terbuka kepada pengguna untuk semua kandungan dan perkhidmatan dalam talian.
animal breedingpembiakbakaan haiwanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur.
normative economicsekonomi normatifEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan.
utopianismutopianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia.
administrative lawundang-undang pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganUndang-undang yang berkaitan dengan kuasa, kewajipan dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran. Undang-undang ini merujuk kepada peraturan yang mesti diamalkan oleh badan pentadbiran sewaktu membuat keputusan. Undang-undang ini perlu untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Contohnya, di Malaysia undang-undang pentadbiran termaktub dalam perlembagaan.
12

Kembali ke atas