Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (ting­kat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya se­karang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajar (kata nama)
Bersinonim dengan bandar, deret, baris, leret, derek, nirai, jejer;,
Kata Terbitan : sejajar, menjajarkan, penjajaran, berjajaran, jajaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parallel worlddunia sejajarKesusasteraanTiadaDunia fantasi yang wujud dan selari dengan dunia nyata. Dunia sejajar boleh ditemui dalam karya fantasi dan fiksyen sains. Dunia sejajar juga ditemui dalam puisi, contohnya puisi �Sofourns in the Parallel World� oleh Denise Levertor.
justifiedsejajar-TiadaSusunan pangkal dan hujung teks yang selajur.
unjustifiedtak sejajar-TiadaSusunan pangkal dan hujung teks yang tidak selajur.
parallelismkeselarianKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKedudukan yang sejajar antara tepi kiri dengan tepi kanan rangka kereta.
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu dan Kini� karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah.
basic timingpemasaan asasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenentuan kedudukan gear aci sesondol dan gear aci engkol pada tanda kedudukan yang sejajar.
Aligned NationsNegara-Negara BersekutuSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan sementara yang dibentuk oleh beberapa negara yang mempunyai matlamat yang hampir sama dan sejajar. Pakatan ini terbentuk apabila wujud ancaman terhadap kepentingan bersama. Selain itu, pakatan ini juga bersifat semikonkrit apabila tidak wujud satu dasar yang kukuh mengikat anggota ini. Dalam erti kata lain, pakatan ini tidak memiliki satu bentuk struktur organisasi atau tadbir urus yang jelas. Contohnya, Pihak Bersekutu sewaktu Perang Dunia Kedua yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis.
assortmentanekaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPengasingan atau hubungan antara ciri genetik gen tidak beralel yang diturunkan daripada induk kepada anak secara rawak sejajar dengan darjah rangkaian antara lokus tertentu. Aneka juga merupakan hubungan taburan rawak kromosom tidak berhomolog kepada sel anak dalam metafasa pembahagian meiosis pertama.
fetchlingkupSains MarinTiadaKawasan laut atau permukaan tasik di kawasan angin bertiup pada halaju yang tetap yang menghasilkan pembentukan ombak dan peningkatan ketinggian sejajar dengan peningkatan lingkungan angin sehingga 1600 km maksimum. Ketinggian ombak tidak akan meningkat lagi selepas melepasi had jarak tersebut. Dalam jasad air yang tertutup, ia dikenali sebagai jarak antara titik minimum dan maksimum ketinggian permukaan air.
disenchantmenthilang pesonaKesusasteraanTiadaLenyapnya rasa takjub yang dirangsang oleh imej dan ikon magis, contohnya cermin ajaib dan potret berhantu. Kelenyapan ini berlaku kerana imej dan ikon tersebut mengalami perubahan, sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang berpaksikan kewarasan. Justeru, imej dan ikon tersebut ditafsirkan secara rasional.
12

Kembali ke atas