frozen semen | semen sejuk beku | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Semen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama. |
freeze-drying | pengeringan sejuk beku | Herba | Tiada | Proses menyingkirkan lembapan dengan cara disejukbekukan. Biasanya cecair ekstrak herba atau bahan herba dalam bentuk yang utuh disejukbekukan dan kandungan air dikeringkan secara pemejalwapan pada tekanan dan suhu rendah untuk menghasilkan serbuk ekstrak herba atau bahan herba kering. Proses ini sesuai digunakan bagi pengeringan bahan herba yang termolabil. Contohnya serbuk ekstrak larut air kopi dan tongkat ali. |
freezing injury | kecederaan sejuk beku | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
sublimation | pemejalwapan | Herba | Tiada | Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku. |
herbal drying | pengeringan herba | Herba | Tiada | Proses menyingkirkan air daripada bahan herba segar supaya kandungan airnya kurang daripada had tertentu, biasanya 10%w/w. Terdapat pelbagai kaedah pengeringan, iaitu pengeringan semula jadi, buatan, vakum dan sejuk beku. |
live food | makanan hidup | Perikanan | Akuakultur | Haiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau. |
brain freeze | beku otak | Perubatan | Tiada | Rasa sakit di bahagian kepala disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk. |