Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,

Puisi
 

Dang ding dang cabai Melaka,
     Kulit kaki tumpang tenggiri;
Sakit hati berpandang mata,
     Sekadar menyakit hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
action orientedberorientasikan tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
politypolitiSains PolitikPolitik PerbandinganOrganisasi sosial yang memiliki sifat politik dengan mempunyai barisan kepimpinan, peraturan, kehakiman dan rakyat. Organisasi ini bersifat politik apabila di dalamnya terdapat unsur pemerintahan dan rakyat. Ia tidak semestinya sarat dengan politik, tetapi sebaliknya sekadar memiliki autoriti dan masyarakat. Contohnya, pembukaan Melaka pada awal abad ke-l5 telah memulakan politi Melayu dalam bentuk yang tidak bersifat persaingan politik sebagaimana politik zaman moden ini.
satiresatiraKesusasteraanTiadaBentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18.
phenomenologyfenomenologiKesusasteraanTiadaPerspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika.
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.

Kembali ke atas