Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.tor] | سيکتور

Definisi : (séktor) 1. bahagian bulatan yg letak­nya di antara dua garisan lurus dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang eko-nomi Malaysia; ~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~ swasta bidang yg ber­kaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat perniagaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.tor] | سيکتور

Definisi : /séktor/ 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan: Menjelang tahun 1990, kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan. 2 bahagian dlm bulat­an yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. 3 bahagian (daerah) pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,

2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regional accountakaun wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaStruktur ekonomi wilayah yang digambarkan melalui saling kaitan ekonomi antara sektor-sektor utama.
input-output tablejadual input-outputPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu set akaun, lazimnya dalam bentuk kewangan yang disediakan bagi ekonomi tertentu. Ia dapat memberikan gambaran yang jelas tentang hubungan antara sektor- sektor yang berlainan dalam ekonomi, dengan tumpuan khas kepada hubungan antara industri.
sector virusvirus sektorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but.
agrarian reformreformasi agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian.
quasi-governmentsepara kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa bersama pemerintah dan sektor swasta dalam urus tadbir terutamanya untuk membentuk dasar awam. Autoriti ini dikatakan separa kerana sektor swasta turut memiliki kuasa mengarah selain daripada kuasa kerajaan. Kuasa sektor swasta ini diterima oleh kerajaan di samping kerajaan masih memainkan peranannya dalam membentuk dasar awam.
input-output analysisanalisis input-outputPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKajian empirikal tentang perkaitan kuantitatif antara aktiviti ekonomi yang saling berkait, dan mengukur perkaitan antara sektor pengeluaran dengan sektor penggunaan dalam sesebuah negara.
dualismdualismeEkonomiTiadaKewujudan bersama di satu kawasan ekonomi dua keadaan atau fenomenon yang berlawanan dan saling terpisah daripada kumpulan masyarakat kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan kemiskinan dan kemewahan, sektor moden dan sektor tradisional, dan kemajuan dan kemunduran.
transportation sectorsektor pengangkutanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBidang yang menyediakan kemudahan untuk pergerakan manusia, barangan dan haiwan dengan mewujudkan pelbagai infrastruktur. Sektor pengangkutan merangkumi syarikat penerbangan, logistik, kargo udara, marin, kereta api, infastruktur dan perkhidmatan pengangkutan.
mixed economyekonomi campuranEkonomiTiadaSistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran.
mature economyekonomi matangEkonomiTiadaEkonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup.
12345

Kembali ke atas