Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motor pacing (demi-fond)lumba ikut motorSukanLumba BasikalPerlumbaan basikal balapan secara mengekori motosikal dari mula hingga tamat perlumbaan, lazimnya selama satu (1)jam.
radiation outputoutput sinaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKadar keamatan sinaran selama satu jam dalam unit Sievert (Sv) di udara yang berjarak satu meter daripada punca sinaran tanpa gangguan sinaran terserak untuk aktiviti 1 GBq. Output sinaran turut dikenali sebagai kecerahan spesifik, nilai RHM, atau faktor-K.
swelling indexindeks mengembungHerbaTiadaNilai kemampuan satu gram bahan herba mengembung dalam suatu isi padu (mililiter) larutan akues selepas 4 jam. Nilai ini merupakan ukuran kandungan musilaj, gam, pektin atau hemiselulosa dan bahan yang boleh mengembung dalam herba bagi menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncangkan satu gram bahan herba dalam satu mililiter campuran air-etanol (1:25) setiap sepuluh minit selama satu jam dan hasilnya diukur selepas 4 jam. Contohnya, had piawai indeks mengembung bagi agar ialah � ? 10.
total viable aerobic countkiraan aerob viabel totalHerbaTiadaKaedah pengiraan kuantitatif bakteria mesofilik dan fungus yang tumbuh dalam keadaan aerob. Ujian ini menentukan sama ada bahan mentah dan sediaan herba yang dinyatakan dalam monograf mematuhi syarat piawai yang ditetapkan. Unit yang digunakan ialah cfu (colony-forming unit) setiap gram atau mililiter sampel. Kaedah ini melibatkan pertumbuhan mikroorganisma menggunakan 1 mililiter larutan air herba dalam plat agar berdiameter 9 cm yang diinkubasi pada 30 - 35 �C selama 48 - 72 jam. Bilangan koloni bakteria dan fungus dikira berdasarkan purata kiraan dari dua plat dan dinyatakan sebagai bilangan bakteria atau fungus bagi setiap gram atau setiap mililiter sampel asal.

Kembali ke atas