Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial rhymerima tak sempurnaKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus
Gestalt psychologypsikologi GestaltKesusasteraanTiadaPenggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan hasil daripada komposisi bahasa yang digubah dianggap tidak lengkap jika dinilai secara berasingan elemen rima, rentak, struktur stanza dan sebagainya. Justeru, setiap elemen tersebut berfungsi secara bebas tetapi berkaitan. Oleh itu, amat tidak wajar jika puisi dinikmati melalui elemennya yang diasingkan.
perfect rhymerima sempurnaKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir yang sama dan konsonan yang mengikutinya juga sama; namun begitu konsonan awalnya berbeza. Contohnya, Jika anakanda jadi menteri, Orang berilmu anakanda hampiri; Lawan mesyuarat lawan berperi, Supaya pekerjaan jadi ugahari.
self-fulfilling prophecyramalan sempurna kendiriKriminologiKeadilan JenayahJangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah.
approximate rhymerima tak sempurnaKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir yang sama atau hampir sama tetapi bunyi konsonan yang mengikutinya tidak sama. Contohnya, kasar dan kesal.
well made playdrama sempurnaKesusasteraanTiadaGenre drama pada kurun ke-19 yang bercirikan plot rapi, dan pertukaran plot yang disebabkan oleh sesuatu rahsia, atau dengan kemunculan surat, dokumen atau watak secara mengejut.
imperfect marketpasaran tidak sempurnaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
perfectly elastic impactimpak keanjalan sempurnaSains SukanBiomekanikImpak ketika sesuatu sistem mempunyai halaju.
perfectly plastic impactimpak plastik sempurnaSains SukanBiomekanikImpak yang mengakibatkan kehilangan keseluruhan halaju.
valve grindingpencanaian injapKejuruteraan AutomotifEnjinProses membentuk semula dan melicinkan muka injap pada sudut tertentu secara mencanai dengan mesin canai yang khusus. Proses ini memastikan sentuhan yang sempurna antara muka injap dengan dudukannya. Pencanaian ini dibuat pada sudut interferens yang biasanya 0.5° supaya menghasilkan sentuhan sempurna semasa enjin dalam keadaan panas.
1234567

Kembali ke atas