vertigo | vertigo | Perubatan | Tiada | Halusinasi pergerakan, iaitu apabila seseorang terasa seolah-olah sekitarannya berputar (vertigo objektif) atau seolah-olah dirinya sendiri yang berputar (vertigo subjektif). Vertigo boleh dicetuskan pada subjek normal melalui rangsangan tertentu, atau akibat penyakit telinga dalam atau gangguan ke atas radas vestibul. Keadaan ini berlaku dalam beberapa penyakit, misalnya penyakit Meniere dan neuroma akustik. Tanda penting bagi keadaan ini ialah nistagmus, dan antara gejala lain termasuklah loya, muntah-muntah dan rebah. |
hallucination | halusinasi | Perubatan | Tiada | Khayalan terhadap sesuatu perkara, seolah-olah perkara tersebut wujud pada orang yang mengalami keadaan ini. Dalam keadaan begini, orang yang berkhayal itu seolah-olah dapat melihat, mendengar dan menyentuh perkara tersebut, sedangkan perkara tersebut tidak wujud dalam dunia nyata. |
dialogism | dialogime | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni. |
pretended obscene | teka-teki seolah-olah cabul | Kesusasteraan | Tiada | . |
tingling sensation | kederiaan sesemut | Perubatan | Tiada | Sensasi seolah-olah cucukan halus yang disebabkan oleh kesejukan, kejutan emosi atau pukulan saraf. |
adenoid facies | roman adenoid | Perubatan | Tiada | Wajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga, seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembesaran adenoid. |
inertia | inersia | Fizik | Mekanik | Sifat hakiki jirim seolah-olah seperti rintangan yang menghalang perubahan momentum jirim tersebut. |
shadow boxing | tinju bayang | Sukan | Tiada | Latihan bertinju seolah-olah berhadapan dengan lawan tetapi sebenarnya hanya dalam bayangan. |
zip | zip | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang seolah-olah membungkus satu set fail ke dalam sebuah fail atau arkib yang disebut fail zip. Biasanya fail-fail di dalam fail zip dimampatkan supaya ia menggunakan ruang storan yang kurang atau menjimatkan masa untuk menghantar fail tersebut kepada seseorang. Antara atur cara zip yang popular adalah PKZIP untuk sistem pengendalian DOS, WinZip dan NetZIP untuk Windows, MacZip untuk Macintosh dan zip dan UnZip untuk sistem UNIX. Fail zip yang diterima perlu diekstrak dan dinyahmampat dengan menggunakan atur cara zip yang sama jenis. |
blank casing | selongsong kosong | Kejuruteraan | Petroleum | Selongsong yang berada seolah-olah dalam keadaan asal, yakni tidak mengandungi atau tidak terdapat lubang tebukan. Kadangkala ia dikenali juga sebagai paip kosong. |