power piston | omboh kuasa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gerakan omboh dari takat terakhir atas ke takat terakhir bawah semasa lejang kuasa. |
power stroke | lejang kuasa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pergerakan lejang dari takat terakhir atas ke takat terakhir wybawah semasa dan selepas pembakaran. Pembakaran ini mem- bebaskan tenaga dan mewujudkan tekanan tinggi yang mampu menolak omboh. |
before top dead centre (BTDC) | sebelum takat terakhir atas (BTDC) | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kedudukan omboh sebelum mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Kedudukan ini diperlukan untuk memulakan percikan bunga api dalam proses penyalaan. Selain itu, sebelum takat terakhir atas juga diperlukan untuk menentukan operasi buka-tutup injap kawalan omboh. Singkatan BTDC. Banding selepas takat terakhir atas. |
after top dead centre (ATDC) | selepas takat terakhir atas (ATDC) | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kedudukan omboh selepas mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Banding sebelum takat terakhir atas. |
displacement | sesaran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu yang dihasilkan oleh gerakan omboh dalam silinder enjin dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Sesaran ialah jumlah isi padu udara yang mampu disedut oleh silinder enjin sebelum proses mampatan berlaku. Sesaran dikira dengan mendarabkan lejang omboh dengan luas keratan rentas lubang silinder dan biasanya diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu. |
melting point | takat lebur | Herba | Tiada | Suhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23�C � 26�C, BP) dan lilin karnuba (80�C � 88�C, BP). |
swept volume | isi padu sapuan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang dalam silinder yang dijanakan oleh laluan omboh dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Nilai isi padu sapuan ini bersamaan dengan nilai sesaran. Sinonim isi padu sesar. |
piston displacement | sesaran omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu silinder yang disesar oleh omboh semasa omboh bergerak dari takat terakhir atas hingga takat terakhir bawah. |
elevation of boiling point | penaikan takat didih | Kimia | Tiada | Penaikan takat didih larutan apabila bahan tidak meruap larut di dalam pelarut. |
full-on gain | tambahan takat maksimum | Sains Kesihatan | Tiada | Tambahan prestasi alat bantu pendengaran yang terhasil apabila alat tersebut diukur pada takat maksimum. |