Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.jub]/[tak.jub] | تعجوب

Definisi : takjub berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum: Mak Guna tercengang, hairan dan ~; menakjubi berasa takjub (hairan) akan, me­ngagumi; menakjubkan mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan: kesaktian Wira Pati sangat ~ Sang Nata; ketakjuban perihal takjub, kehairanan, keka­guman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.jub]/[tak.jub] | تعجوب

Definisi : berasa hairan kerana melihat atau mendengar sesuatu yang luar biasa. menakjubkan menimbulkan rasa tak­jub; menghairankan; meng­a­gumkan: Ke­­saktiannya ~ sekalian yg hadir. ketak­juban keadaan takjub; ke­hairanan; ke­kaguman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takjub (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kagum, hairan, tercengang, terpesona, kaget, terperanjat, terkejut, pelik, aneh, ganjil, ajaib;,
Kata Terbitan : menakjubkan, ketakjuban,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disenchantmenthilang pesonaKesusasteraanTiadaLenyapnya rasa takjub yang dirangsang oleh imej dan ikon magis, contohnya cermin ajaib dan potret berhantu. Kelenyapan ini berlaku kerana imej dan ikon tersebut mengalami perubahan, sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang berpaksikan kewarasan. Justeru, imej dan ikon tersebut ditafsirkan secara rasional.
numinous experiencenuminaKesusasteraanTiadaKesedaran tentang kehadiran dan kekudusan Tuhan. Istilah ini digunakan untuk memerikan perasaan takjub pembaca yang dirangsangkan oleh naratif fantasi atau pelbagai jenis watak supernatural dan naratif tertentu.

Kembali ke atas