wanderlust tourism | pelancongan gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang bercirikan keinginan untuk mengembara, tanpa had masa dan destinasi yang dituju. |
worm attack | serangan cecacing | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan kod hasad cecacing yang mereplikakan dirinya tanpa had dan tersebar ke seluruh rangkaian hingga menyebabkan peranti penyambungan, pelanggan dan pelayan terbeban dengan terlalu banyak salinan cecacing untuk diproses. Akibatnya, permohonan untuk penyambungan lain turut gagal. |
passenger liabiliy | liabiliti penumpang | insurans | Tiada | Amaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun. |
defect | kecacatan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketaksempurnaan yang berlaku pada bahan disebabkan kehadiran bendasing seperti keliangan, sanga dan retakan yang dapat dikesan melalui kaedah ujian tanpa musnah. Bahan ini tidak dapat diterima jika jenis, kedudukan, orientasi dan/atau saiz ketakselanjaran melebihi nilai had yang ditetapkan oleh kod, standard dan spesifikasi. Contohnya, kehadiran apa-apa juga retakan dalam kod ASME dan kehadiran sanga yang panjangnya melebihi 6 mm bagi kimpalan yang berketebalan 19 mm ke bawah, kecacatan tersebut tidak diterima. |
aggregate limit | had agregat | insurans | Tiada | Amaun maksimum yang insurer akan bayar untuk suatu kerugian yang berlaku dalam tempoh kontrak tanpa mengambil kira bilangan kemalangan. |
static stretching | regangan statik | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakan dan kedudukannya dikekalkan untuk tempoh tertentu tanpa sebarang gerakan. Aktiviti ini melibatkan pergerakan regangan yang perlahan. Regangan ini biasanya dilakukan selama 30 saat untuk setiap aktiviti regangan. |
herbal shelf life | tempoh hayat herba | Herba | Tiada | Tempoh sesuatu bahan mentah atau sediaan herba yang boleh disimpan tanpa menjejaskan integriti, fungsi dan komposisi kandungannya untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Bahan mentah atau sediaan herba yang melebihi had tempoh hayat tidak boleh digunakan dan mesti dimusnahkan. |
major medical insurance | insurans perubatan utama | insurans | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan faedah terhadap tinggi bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan serta tertakluk kepada deduktibel yang besar. Kontrak sebegini mungkin mengandungi had dalaman tertentu dan satu fasal peratusan penyertaan yang dipanggil fasal koinsurans. Polisi seperti ini biasanya akan membayar belanja yang dilindungi tanpa mengira sama ada individu berkenaan masih berada di hospital ataupun tidak. |
unoccupied buildings insurance | insurans bangunan tidak didiami | insurans | Tiada | Insurans perniagaan yang dikeluarkan di bawah insurans kebakaran standard yang melarang kekosongan dan tidak didiami lebih daripada sesuatu masa yang ditetapkan. Kebenaran diberi kepada kekosongan yang tidak ada had dan yang tidak didiami biasanya diberi dalam bentuk yang digunakan di kawasan yang dikawal insurans tanpa sebarang bayaran premium tambahan. Dalam kawasan yang tidak dikawal kebenaran diberikan dengan mengenakan premium tambahan, apabila perlu. |