agoraphobia | agorafobia | Perubatan | Psikiatri | Perasaan takut yang amat sangat terhadap tempat-tempat yang luas atau lapang. |
basic activities | aktiviti asas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kegiatan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke tempat-tempat di luar sempadan ekonomi sesuatu masyarakat atau memasarkan barangan dan perkhidmatannya kepada orang yang datang dari luar sempadan ekonomi masyarakat tersebut. |
ottoman | otoman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Set kusyen rendah berupholsteri tanpa ruang sandar atau tempat meletakkan tangan. Otoman biasanya digunakan sebagai tempat duduk atau tempat meletakkan kaki. Kini, fungsinya diperluas sebagai meja kopi atau meja sisi. Sinonim tempat kaki, tufet. |
workplace violence | keganasan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Ancaman atau kekerasan yang berlaku terhadap pekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya, sama ada yang berlaku di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Sinonim kekerasan tempat kerja. |
circle trip | perjalanan kitar | Pelancongan | Tiada | Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kembali ke tempat asal. |
bergere | bergere | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi yang mempunyai tempat bersandar, yang bersambung dengan tempat duduk serta tempat letak tangan dan dihasilkan dengan gaya Louis XV dari Perancis. Reka bentuknya dikemaskan dengan upholsteri di kedua-dua bahagian tepi, penyandar belakang yang berbentuk melengkung dan bingkai berukir. Gaya ini telah bermula pada abad ke-18 dan terkenal hingga kini. |
commuter bike | basikal komuter | Umum | Tiada | Sejenis basikal yang digunakan untuk berulang-alik ke sesuatu tempat ke tempat yang lain secara rutin. |
oil gallery; | kolong minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Paip atau laluan yang digerudi dalam enjin, digunakan untuk mengalirkan minyak enjin dari satu tempat ke tempat yang lain. Kolong minyak membentuk sebahagian daripada sistem pelinciran enjin. |
metastasis | metastasis | Fizik | Nanoteknologi | Penyebaran sel kanser dari tempat metastasis bermula ke tempat lain dalam tubuh. Nanoteknologi digunakan untuk mengesan dan merawat metastasis sebagai ganti kepada pengunaan kemoterapi. Teknik ini termasuk dalam bidang nanoperubatan. |
heritage tourism | pelancongan warisan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara. |