Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah atau tempat yg didiami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Mana tiku mana piaman,
     Batu kecil kiliran padi;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal tepian tempat mandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertilam pasir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hostperumahPerikananAkuakulturIkan yang dijadikan sebagai tempat tinggal organisma lain seperti parasit atau komensal. Perumah ini menyediakan makanan dan perlindungan kepada organisma yang menumpang. Contohnya, parasit yang hidup di permukaan atau di dalam ikan.
settlement patternpola petempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCorak taburan tempat tinggal bagi sesuatu kawasan.
hostperumah/hosKejururawatanTiadaOrganisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggal, sumber makanan dan perlindungan.
houseboatrumah botPelanconganTiadaBot yang direka bentuk atau diubah suai untuk dijadikan tempat tinggal. Kebanyakan rumah bot tidak menggunakan motor kerana diikat pada pancang untuk mengelakkannya daripada bergerak.
personal hygienekebersihan diriHerbaTiadaAmalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran.
decent standard of livingtaraf hidup yang wajarPentadbiranTiadaTingkat kemewahan hidup memuaskan yang merangkumi makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pakaian dan keperluan penting lain, termasuklah persediaan untuk kejadian yang tidak dijangka.
public housingperumahan awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSkim perumahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan miskin. Lazimnya kadar sewa yang dikenakan di bawah kadar sewa ekonomi.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
basic needskeperluan asasPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemestian yang perlu ada untuk memenuhi tahap kehidupan yang minimum iaitu tempat tinggal, makanan dan pakaian.
plural societymasyarakat majmukSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang mengandungi beberapa etnik yang dicirikan dengan kepelbagaian bahasa, budaya, agama dan tempat tinggal. Perbezaan etnik ini mengurangkan perhubungan antara satu dengan yang lain. Interaksi minimum hanya terdapat di pasar dalam urusan jual beli apabila mereka terpaksa bertemu. Jenis pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat ini juga terbahagi mengikut kaum. Walau bagaimanapun penduduk yang majmuk ini berada dalam satu pemerintahan dan mereka akur dengan kerajaan tersebut. Idea ini diperkenalkan oleh J.S. Furnivall yang mengkaji masyarakat Indonesia dan Burma ketika mereka masih berada dalam zaman penjajahan. Masyarakat majmuk menurut Furnivall ini tidak wujud lagi tetapi kepelbagaian tersebut masih terdapat dalam beberapa masyarakat yang memiliki beberapa etnik yang berbeza seperti Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Masyarakat ini tidak lagi berada dalam zaman penjajahan dan interaksi antara kaum juga sudah banyak bertambah.
12

Kembali ke atas