export | eksport | Ekonomi | Tiada | Penjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans. |
liquid asset | aset cair | Ekonomi | Tiada | Wang dan aset lain yang boleh ditukarkan kepada tunai dengan segera dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Wang termasuk deposit akaun semasa dan wang tunai, sementara aset lain termasuk wang panggilan dan bil terdiskaun. |
Ars antiqua | Ars antiqua | Muzik | Tiada | Gaya seni pada Zaman Pertengahan, iaitu lebih kurang tahun 1150-1300. Muzik Ars antiqua berkait dengan canta gereja. Tekstur utama termasuk monofoni, heterofoni dan polifoni, Ars antiqua melambangkan zaman polifoni Perancis yang diperkenalkan oleh kumpulan Notre Dame.Penggubah muzik utama ialah Leonin dan Perotin. Bentuk muzik keagamaan ini termasuk genre organum, clausula, conductus dan motetus. Bentuk muzik sekular termasuk genre estampie, rondellus dan ductia. |
all inclusive | termasuk semua | Pelancongan | Tiada | Harga yang ditawarkan merangkumi semua jenis perkhidmatan. |
irama | irama | Muzik | Tiada | Konsep masa termasuk tempo, meter dan rentak dalam muzik tradisional di Malaysia dan Indonesia. |
femtoplankton | femtoplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton, termasuk fauna dan flora yang bersaiz kurang daripada 0.2 mikrometer. Contohnya, virus dan bakteria yang mendiami turus air. |
acoustics | akustik | Biologi | Tiada | 1. Kajian tentang bunyi, termasuk penghasilan, penghantaran, dan kesannya. 2. Berkenaan dengan organ atau deria pendengaran. |
illicit drugs | dadah terlarang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya. |
commissaire | komisar | Sukan | Lumba Basikal | Pakar peraturan pertandingan termasuk pengadil,penjaga masa dan lain-lain. |
structure | struktur | Kesusasteraan | Tiada | Suatu kerangka karya yang diaturkan termasuk plot sesuatu karya (novel, puisi, drama, esei). Kerangka karya itu bergantung pada jenis cerita yang ingin dilahirkan oleh penulis. Contohnya, novel yang plot dan aksinya memainkan peranan penting berkemungkinan mempunyai struktur yang lebih kompleks berbanding dengan cerita yang menekankan pembangunan watak. Novel pikares mempunyai struktur kejadian yang tidak mengikut urutan (random), tetapi kebanyakan novel lain tidak sedemikian. Cerita yang realistik sering diceritakan secara kronologi atau mengikut atur kejadian. Walau bagaimanapun, penulis berhak dan mempunyai pilihan untuk mengubah kronologi tersebut menerusi kaedah imbas kembali atau imbas hadapan. Pembinaan bab, perenggan, dan ayat boleh dijadikan panjang atau pendek. Kaedah persembahan bahan boleh dibuat dalam bentuk pandangan secara dekat atau dari jauh, atau dengan rentak yang perlahan, meleret-leret, serta cepat dan tepat pada maknanya. Lihat juga novel pikares. |