Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulam (kata nama)
1. Bersinonim dengan lalap: rumbah, salad, sayur,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pucuk gajus, ulam raja, pucuk pegaga, daun selom petai, jering, kerdas, kacang botor,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ulam-ulam, ulaman, gundik, perempuan simpanan.,


Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
edible herbherba boleh makanHerbaPemiawaianUlam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan.
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
antioxidantantioksidanHerbaPemiawaianSifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan.
antioxidantbahan antioksidaHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk melawan kesan negatif akibat pengoksidaan dan pengumpulan radikal bebas pada tisu badan. Contoh herba ini ialah pegaga, kunyit, daun kaduk dan ulam-ulaman.

Kembali ke atas