Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penanda wacana. Antara 'Hal ini demikian kerana' ataupun 'Hal ini kerana', yang manakah menunjukkan penanda wacana yang betul?Jika tuan mengatakan 'Hal ini demikian kerana' adalah benar, adakah ini bermakna penggunaan 'Hal ini kerana' ataupun sebarang penggunaan perkataan lain dianggap sebagai kurang tepat kerana tidak mengikut setiap butir perkataan tersebut?Adakah PENANDA WACANA itu sendiri bermaksud, kita harus mengikut setiap butir perkataannya? Sekian, terima kasih."Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa14.08.2012
Penggunaan penanda wacana: 1. hal ini demikian kerana / 2. hal ini kerana / 3. hal ini demikian Yang mana satu penggunaan yang betul? terima kasih.
Selamat petang:
"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana"atau "hal ini demikian"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.09.2016
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Yang manakah betul? Ini kerana... ,ATAU Hal ini kerana..., ATAU Hal ini demikian kerana..., ATAU Hal ini berlaku demikian kerana... terima kasih."Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa09.07.2013
boleh terangkan mengapa hal ini kerana salah dalam dbp dan penggunakan yang betul adalah hal ini disebabkan kerana

Penggunaannya “hal ini kerana” salah keranahal ini” merupakan subjek manakala “kerana” kata hubung.  Subjek tidak boleh digabungkan dengan kata hubung.  Subjek mesti dengan predikat untuk membentuk satu ayat yang betul. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah “hal ini disebabkan”.

Tatabahasa09.08.2022
Mengapa penggunaan hal ini kerana dalam dewan bahasa dan pustaka menunjukan salah dan bagi hal dikatakan demikian kerana adalah betul

Frasa “hal ini kerana” tidak betul keranahal ini” merupakan subjek, manakala “kerana” ialah kata hubung. Subjek tidak boleh digabungkan dengan kata hubung, tetapi mesti digabungkan dengan predikat untuk membentuk ayat yang betul.

"Hal ini dikatakan demikian" merupakan frasa yang betul. “Hal ini” ialah subjek, manakala “dikatakan demikian” ialah predikat dan membentuk frasa yang betul, iaitu “hal ini dikatakan demikian.”

Lain-lain09.08.2022
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada,Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud  harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan.   Tatabahasa13.05.2008
Antara "hal ini kerana" dan "hal ini demikian kerana", yang manakah yang diterima dalam panduan penandaan terkini?Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana ...".Tatabahasa22.08.2016
Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ?Betul:
1. Oleh hal yang demikian, 
2. Oleh hal sedemikian, 
3. Hal ini dikatakan demikian kerana
4. Oleh yang demikian, 


Salah:
1. Oleh hal yang demikian kerana   
2. Hal ini kerana 
Lain-lain28.09.2020
kenapa penggunaan "hal ini kerana"salah?"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman saudara klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu klaus yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana". Tatabahasa07.06.2011
Selamat sejahtera tuan/puan,saya ingin bertanya tentang pengunaaan klausa dalam ayat adakah wajib bagi sesuatu perkataaan contohnya"ini kerana" atau " hal ini kerana".Adakah kedua-duanya boleh digunakan dlam penulisan?Frasa yang betul ialah "Hal ini kerana".Tatabahasa10.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas