puting | 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar |
pancung I | 1 bahagian hujung atau penjuru kain; punca kain. 2 bersegi serta tirus ke hujung bentuknya; bersegi runcing. berpancung berikat serong (bkn kain): Jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung. | Kamus Pelajar |
gigi | 1. benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2. bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1:~ sikat; ~ gergaji. 3. ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar |
genting I | 1. kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar:Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3. jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4. hampir putus (ttg tali dll). 5. berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1. menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2. menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1. menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2. menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (ttg keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. | Kamus Pelajar |
kayu I | 1. bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2. kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu:~ ara; ~ jati. 3. yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ belantan gada yg dibuat drpd kayu. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yang kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan) yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen dll). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1. ada kayunya; berteras. 2. mencari kayu di hutan:pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. | Kamus Pelajar |