Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ri] | برسري

Definisi : 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ri] | برسري

Definisi : 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turu
inversie/inversionsusun terbalik; inversiKesusasteraanTiadaUrutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445]

Kembali ke atas