Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.ba] | همبا

Definisi : 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : ; (burung) ~ kera a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malay­en­sis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : 1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuat­an menghambakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Langit berkelikir,
     bumi bertemberang;
salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Bermaksud :

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slavery be sold into ~, dijual sbg /hamba, hamba abdi/: the women were freed while the men were sold into ~, s yg wanita dibebaskan sementara yg lelaki dijual sbg hamba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slave n 1. serf, hamba, (hamba) abdi; (liter.), (hamba) sahaya: they were brought to America and sold as ~s to plantation owners, mereka dibawa ke Amerika dan dijual sbg abdi kpd tuan punya ladang; ~ trader, pedagang abdi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slaveryhold so. in ~, menahan sso sbg /hamba, (hamba) abdi/: in the Declaration of Human Rights, it is clearly stated that nobody shall be held in ~ or servitude, dlm Perisytiharan Hak Asasi Manusia, jelas dinyatakan bahawa tdk seorang pun boleh ditahan sbg hamba atau pekerja paksa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cowervi meromok (ketakutan): the serfs ~ed before the landlord, hamba-hamba itu meromok ketakutan di hadapan tuan tanah; the frightened dog ~ed in the corner, anjing yg ketakutan itu meromok di suatu sudut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loosevt 1. set free from constraint, melepaskan: the slaves were ~d from bondage, hamba-hamba itu dilepaskan drpd ikatan; 2. unfasten, untie, detach, a. (knot, laces, etc) membuka; b. (boat from moorings) melepaskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
largesse, largessn 1. generosity, kemurahan hati, kedermawanan: the serfs were dependent on their master’s ~, hamba-hamba bergantung kpd kemurahan hati tuan mereka; 2. money, gifts given in this way, pemberian: young people living on government ~, orang-orang muda yg hidup atas pemberian kerajaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
largesse, largessn 1. generosity, kemurahan hati, kedermawanan: the serfs were dependent on their master’s ~, hamba-hamba bergantung kpd kemurahan hati tuan mereka; 2. money, gifts given in this way, pemberian: young people living on government ~, orang-orang muda yg hidup atas pemberian kerajaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slave 2. person under the control of another person or a powerful influence, hamba: she became her family’s willing ~, dia dgn rela menjadi hamba keluarganya; a man who became a ~ of his own ambition, lelaki yg menjadi hamba kpd cita-citanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thralln (lit. & fig.) hamba, abdi: she is a ~ to riches, dia menjadi hamba kpd kekayaan; hold so. in ~, /memukau, mempesona/ sso: her intelligence and beauty held him in ~, kecerdasan dan kecantikannya memukau lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thinen (poet.) milik tuan hamba: he is ~ forever, dia milik tuan hamba selama-lamanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas