Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.cur] | هنچور

Definisi : 1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.cur] | هنچور

Definisi : 1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Garam dikulum tak hancur.

Bermaksud :

Orang yang pandai menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIMEN DAN KONKRIT

Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan

yang paling penting. Simen ialah serbuk halus,

berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air

dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur

untuk membuat konkrit. Simen bersama air

membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain

semasa konkrit itu mengeras. Kita sering

menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit.

Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan

simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
SURAH AL-INFITAR

Surah al-Infitar ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-82 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat.

Surah ini dinamakan al-Infitar (terbelah) kerana

dimulai dengan peristiwa langit terbelah dan

keadaan alam yang akan hancur.

UMUM 
LEMPUK

LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan.

BUDAYAMakanan
ASBESTOS

Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral

bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai

banyak sifat yang menjadikannya berharga dari

segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau

tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik.

Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh

kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika

banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan

bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh.

Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia

berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke

udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai

dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah

hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan

penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan

dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini

biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja

menangani asbestos.

UMUM 

Kembali ke atas