Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan ke­gemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkata­kan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggempar­kan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat su­paya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ pe­ristiwa yg menimpa keluarganya; kehebohan keadaan heboh (kecoh, gem­par), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
heboh (adjektif)
Bersinonim dengan gempar, kecoh, hingar, hingar-bingar, riuh, riuh-rendah, huru-hara, kelam-kabut, gaduh, kacau, geger;,
Kata Terbitan : menghebohkan, mengheboh-hebohkan, kehebohan,

Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini heboh di media sosial berkenaan maksud MENARA GADING, yang antara lain membawa maksud tetek perempuan (maaf jikalau bahasa kurang sopan, tapi ini yang tertulis di dalam kamus tersebut) dan makna tersebut terdapat di dalam kamus cetakan Utusan dan Al-Hidayah. Soalan saya, benarkah penggunaan istilah ini? Saya berpendapat perkataan ini digunakan pada Bahasa Melayu terdahulu, tapi nasihat/rujukan tuan/puan lebih saya dahulukan. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Tatabahasa14.03.2015
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan.Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa11.09.2013
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
konsep/definisi bahasa rojakBahasa rojak ialah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bentuk bahasa ini digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diperoleh dalam makalah dan kertas kerja yang boleh didapati di perpustakaan.Lain-lain15.06.2007
Dzufi Iszura 11.54 PAGI Dzufi Iszura Dzufi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak bertanya komen DBP mengenai slogan-slogan kerajaan yang mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia seperti "Jangan Kawtim, Jangan Settle" atau "YouCanDuit". Ini kerana saya teringat beberapa tahun dahulu stesen tv swasta mendapat kritikan hebat dalam menamakan karnival mereka "Sure Heboh" atas sebab yang sama. Terima kasih. Dzufi Iszura Pensyarah UiTM Sarawak.Waalaikumussalam. Tuan/Puan, DBP memang tidak bersetuju dengan perbuatan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam slogan dan penamaan program. Saranan agar tidak mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam penamaan program jabatan dan kementerian telah banyak kali disebut, dan baru-baru ini telah dikemukakan lagi oleh YB Menteri Pendidikan selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh 18 kementerian. DBP sentiasa berusaha memberikan nasihat dan pandangan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul.Lain-lain08.05.2017
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia.Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain05.11.2007

Kembali ke atas