Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (héboh) 1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan ke­gemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkata­kan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggempar­kan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat su­paya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ pe­ristiwa yg menimpa keluarganya; kehebohan keadaan heboh (kecoh, gem­par), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
heboh (adjektif)
Bersinonim dengan gempar, kecoh, hingar, hingar-bingar, riuh, riuh-rendah, huru-hara, kelam-kabut, gaduh, kacau, geger;,
Kata Terbitan : menghebohkan, mengheboh-hebohkan, kehebohan,

Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Heboh ejaanTiadaBerita Harian21.03.1969
Heboh sastra 1968: suatu pertanggungandjawabTiadaSinar Harapan25.05.1970
Heboh fasal sasterawan Fatimah BusuTiadaMingguan Malaysia02.03.1997
Heboh pasal rumah P. RamleeTiadaUtusan Zaman24.04.1980
Heboh lagi pasal ayat Quran di kertas..Azizi Haji AbdullahMingguan Perdana04.12.1983
Heboh pasal dua masjid akan dirobohZabhaUtusan Melayu14.07.1988
Heboh sastera '73Ruhiyati IdayuMingguan Malaysia08.07.1973
Kisah heboh tak berfasalShakespeareBerita Harian21.01.1973
Acara dan heboh sastera tetap diadakanTiadaWatan10.11.1990
Orang jahat buat heboh kena belasahTiadaUtusan Zaman08.12.1985
12

Kembali ke atas