Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "subordination of debt" merujuk kepada proses yang melaluinya sesuatu hutang ditempatkan pada taraf keutamaan yang lebih rendah dalam pemungutan hutang itu daripada aset peminjam, berbanding dengan hutang yang lain. Begitu juga istilah "subordinated debt" yang merujuk kepada hutang atau pinjaman yang ditarafkan di bawah pinjaman atau sekuriti yang lebih tinggi berhubung dengan tuntutan ke atas aset peminjam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "subordination of debt" dan "subordinated debt"? "Penarafan bawah hutang" dan "hutang bawahan" atau apa-apa istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Subordination of debt dikenali juga dengan istilah subordinated debt dan subordinated debenture dan dalam bahasa Melayu subordinated debenture diterjemahkan kepada debentur subordinat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2019 |
saya ingin bertanya, apakan perkataan berlawan (antonim) yang tepat bagi perkataan "hutang". terima kasih | Tidak ada data yang terakam tentang antonim perkataan hutang. Walau bagaimanapun melihat kepada konsep hutang, kata lawan yang sesuai ialah tunai. | Tatabahasa | 16.12.2013 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ? | Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut: Sebab padi sebab selasih, Itulah sebab saya lurutkan, Sebab budi sebab kasih, Itulah sebab saya turutkan. Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud. | Sastera | 09.05.2022 |
Raja Shafril Mizan SAT 07:41 Saya ingin tahu kegunaan perkataan "kau" dalam ayat. Contohnya: Hutang itu sudah kau bayar ? Atau Hutang itu sudah kaubayar? Perkataan "kau" perlu di satukan atau dijarakan? Mohon penjelasan Sekian Terima Kasih | Kata ganti nama kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan anda ialah kaubayar. | Tatabahasa | 15.04.2017 |
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kredit | Sila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1 | Lain-lain | 19.09.2007 |
history dest finance credential | latar belakang pembiayaan hutang kelayakan | Istilah | 07.03.2012 |
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Berikut penggunaan yang betul. a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu? | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Dia membayar wang selepas mengambil makanan itu. Adakah frasa kerja "membayar wang" itu betul? atau membayar harga makanan yang dibeli? TQ | Dia membayar makanan yang dibeli. (Betul) membayar (Kamus Dewan Edisi Keempat)- memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik Contoh lain; Dia membayar sewa rumah. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Saya ingin tanya samada frasa ini betul atau salah: Abu membayar harga kepada penjual itu atau Abu membayar wang kepada penjual itu. Harap tuan dapat membalas saya terima kasih | Maksud "membayar" ialah memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain): Membayar gaji; Membayar hutang; membayar bil elektrik. Ayat "Abu membayar harga kepada penjual itu" tidak betul. Ayat "Abu membayar wang kepada penjual itu" juga tidak tepat. Ayat yang sesuai ialah: Abu membayar makanan yang dibelinya di kaunter bayaran. | Lain-lain | 25.05.2017 |