Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.lah] | اياله

Definisi : 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.lah] | اياله

Definisi : kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. Punca kemalangan itu ~ kecuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,

Peribahasa

Siapa makan cabai (= lada),
     ialah berasa pedas (= kepedasan).

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(20)

14

A bad workman finds fault with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman finds fault with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Menurut Tatabahasa Dewan, 'dengan' ialah ialah kata sendi nama. Di dalam buku teks B.Melayu SJK Tahun 6, muka surat 94, ada latihan yang meletakkan 'dengan' sebagai kata hubung. Mohon pandangan tuan, betul atau salah Terima kasihSalam sejahtera,

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'dengan' merupakan kata sendi nama bukan kata hubung.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk makluman lanjut.
Tatabahasa10.07.2019
Pengesahan kata pemeri Bolehkan saya sahkan sama ada latihan bertajuk Palam Pemasa pada minit ke-8 adalah betul. Saya keliru kerana jawapan yang betul menurut cikgu dalam youtube (https://www.youtube.com/watch?v=Esw5tDq2cEA) ini ialah: "Cuti sekolah adalah saat yang saya nantikan" (kenapa bukan adalah? Perkataan yang selepas ialah ialah 'saat' iaitu kata nama) "Namun, perkara yang merisaukan ayah adalah keselamatan rumah kami" (kenapa bukan ialah? bukankah keselamatan sudah menjadi kata nama?) Mohon pencerahan. Terima kasih. Salam Ramadan, MaizuraSalam sejahtera,

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263). Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Merujuk pertanyaan puan, kata pemeri ialah merupakan kata yang tepat untuk kedua-dua soalan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Layari prprm.dbp.gov.my untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Tatabahasa20.05.2020
Salam sejahtera, "Anisah dan Atikah adalah adik-beradik kembar" atau "Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar"? Ialah atau adalah? Adakah kembar kata nama atau kata adjektif? Sekian, terima kasih.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa yang hadir selepas kata pameri  yang diberikan pada contoh ayat ialah adik-beradik. Adik-beradik merupakan kata nama. Maka ayat yang betul ialah Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar. Tatabahasa09.12.2019
Pertanyaan tentang penggunaan ialah dan adalah Ayat yang mana satu betul. a. Antara kebaikan membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. b. Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Tatabahasa25.08.2019
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah.Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.Tatabahasa15.05.2019
Salam. Antara 'masa catatan' atau 'catatan masa', yang manakah yang betul? Contoh: Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. Terima kasih.Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. : Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.Penyemakan dan penterjemahan08.07.2019
Definisi petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagaimana pula dengan orang yang memasuki sebutharga. Adakah dipanggil pesebutharga? Ini kerana tender ialah perolehan yang melebihi RM500,000 hingga 100 juta. Manakala sebutharga ialah perolehan dari RM1 hingga RM499,000.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sebut harga ialah anggaran kos (tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan) yang diberikan kepada bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut har­ga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan. Tidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Makna19.04.2019
Boleh tanya sama ada ayat di bawah betul? Sekira terdapat kesalahan, boleh tolong betulkan. Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. 1) Setahu saya kata pemeri 'ialah' mesti diikuti dengan 'kata nama' dan bukannya kata kerja. 2) Namun begitu, saya agak keliru disebabkan seperi contoh ayat di atas, sesetengah penulis menggunakan ialah dan terdapat sesetengah penulis menggunakan adalah. Manakah yang betul? 3) Adalah terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan ayat dengan perkataan "Antara" mesti diikuti dengan perkataan "ialah" dan bukannya adalah? (Rujukan ayat di atas) Sila memberi tunjuk ajar kepada saya, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut.


Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa23.07.2019
(1) Bolehkah kata pemeri 'ialah' menerima unsur komplemen, seperti ayat ini: Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu....... (2) Jikalau boleh, kenapa? (3) Adakah kata pemeri 'adalah' lebih sesuai digunakan?

Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tidak boleh menerima kata hubung pancangan komplemen. Hal ini disebabkan, kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.

 

Contoh dalam ayat:

(a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk)

(b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen)

Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit".

 

Manakala, kata pemeri “ialah bertujuan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti “Guru besar SK Wangsa Melawati ialah Puan Noraini binti Ahmad”. Kata pemeri “adalah” pula menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti “Kedudukan seseorang menteri dalam masyarakat adalah tinggi” dan “Majlis Sekalung Budi diadakan adalah untuk meraikan pengetua yang bakal bersara”.
Tatabahasa18.06.2020
Salam. Adakah betul terjemahan New Normal yang sering diguna pakai sekarang ialah Norma Baharu/Baru? Bukankah sepatutnya ialah Kebiasaan Baharu/Baru? Setahu saya, Norma tak sama maksudnya dengan Normal.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas