Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.tu] | جيتو

Definisi : kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~; menjitukan mengenakan dgn tepat (jawab­an, pukulan, dll), memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta memperoleh jawaban yg tepat; kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat me­mancarkan ~ bahasa; penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej kodak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.tu] | جيتو

Definisi : (paling) tepat: Orang itu dpt menjawab pertanyaan saya dgn ~. kejituan keadaan atau sifat jitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jitu (adjektif)
Bersinonim dengan tepat, betul, benar, sah, sahih, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : kejituan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan Munsyi, adakah kata "jitu" seerti kata "betul"? Jadi, adakah kata "betul" dapat diganti dengan kata "jitu" dalam ayat ini: 1. Dia menjawab soalan itu dengan betulnya. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitunya.Maksud "jitu" ialah "paling tepat". Kedua-dua ayat di atas adalah betul, tetapi perkataan "nya" perlu dibuang, iaitu  1. Dia menjawab soalan itu dengan betul. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitu.Tatabahasa05.05.2015
Ali menimbang beras dengan penimbang yang jitu? Adakah ayat ini betul?Ayat  “Ali menimbang beras dengan penimbang yang jitu” betul.Tatabahasa17.03.2014
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu">jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
Tuan, frasa sendi nama yang manakah betul, "di dalam kamus" atau "dalam kamus"? Pada pendapat saya, "dalam kamus" lebih jitu kerana kita tidak dapat melihat sesuatu benda yang mempunyai bentuk yang tetap berada dalam kamus kerana benda itu merupakan tulisan yang bersifat abstrak. Apakah pandangan tuan? Sama juga dengan sama ada "di dalam buku" atau "dalam buku"? Contoh ayat: 1. Perkataan ini tidak wujud di dalam/dalam kamus. 2. Banyak tulisan lama terkandung di dalam/dalam buku itu. 3. Keterangan maksud yang ada di dalam/dalam kamus itu sungguh jelas. 4. Di dalam/dalam buku cerita itu, terdapat satu watak yang sangat saya sukai. Minta tuan jelaskan soalan ini.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Oleh itu, jawapan yang tepat bagi menjawab pertanyaan ialah dalam kamus dan
dalam buku.
Tatabahasa06.12.2014
Apakah perbezaan di antara istilah dan kamus?Istilah berasal daripada kata bahasa Arab, dan bermaksud perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Kamus pula bermaksud buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjadEjaan09.08.2006
Assalamualaikum. Saya keliru tentang definisi perkataan yang tertera antara PRPM dan Kamus Dewan di bawah. Pada pengetahuan saya yang masih cetek ilmu tatabahasa ini, makna perkataan tersebut ada yang membawa maksud positif dan negatif. Harap dapat memberi penjelasan jitu memandangkan definisi daripada PRPM merupakan penjelasan makna yang terkini. Menurut PRPM: APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. (25.11.2015) apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.(18.04.2013). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: kolaborasi:- Subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya.Kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti Sains Politik, kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. Kolaboratif bermaksud erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih).  Kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Istilah05.03.2016
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
123

Kembali ke atas