46

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menan­dingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi ber­pasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengi­ringi, menemani, menyertai, membantu, me­nolong; mengembarkan menjadikan berkembar (ber­pasangan dll), mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengem­bari atau dikembari (ditentangi), tiada terla­wan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kem­bar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kembar
1. Bersinonim dengan pasang
( bandung, gencet, dempet, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan serupa
( seragam, sama, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkembar, mengembari, mengembarkan, kembaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doubletdublet; bentuk kembarLinguistikTiada5. Bentuk kembar: Pasangan butir linguistik dalam sesuatu bahasa yang mempunyai keserupaan dari segi asal, bentuk atau makna. Terdapat dua jenis bentuk kembar, iaitu bentuk kembar etimologi dan bentuk kembar morfologi atau sintaksis.
freemartinfreemartinBiologiGenetikMamalia interseks yang diakibatkan oleh pengaruh hormon jantan daripada kembar lelaki ke atas kembar perempuan melalui sistem pengaliran fetus terus-menerus.
polyunsaturated fatlemak politaktepuPerubatanTiadaLemak yang mengandung berbilang atom karbon yang dihubungkan melalui ikatan kembar atau ikatan kembar tiga.
polyunsaturated fatty acidasid lemak politaktepuPerubatanTiadaAsid lemak yang mengandung berbilang atom karbon yang dihubungkan melalui ikatan kembar atau ikatan kembar tiga.
trillingkembar tigaGeologiTiadaKembar hablur siklik yang terdiri daripada tiga individu.
identical twinkembar seirasPerubatanTiadaKembar hasil daripada persenyawaan suatu ovum yang kemudiannya membahagi dan menghasilkan dua fetus yang berasingan.
fraternal twinkembar fratenalPerubatanTiadaKembar yang terjadi hasil daripada persenyawaan dua ovum dan berkembang menjadi dua individu yang berbeza.
dichorionic twinskembar dwikorionikPerubatanTiadaKembar yang mempunyai dua korion yang berbeza.
dichorial twinskembar dikorialPerubatanTiadaKembar yang mempunyai dua korion yang berbeza.
ischiopagus twinskembar iskiopagusPerubatanTiadaKembar yang bercantum pada bahagian iskium, dan paksi kedua-dua badan terletak pada garis lurus tetapi dalam arah yang berlainan.
12345678910...

Kembali ke atas