10.1.102.45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tat] | کتت

Definisi : 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tat] | کتت

Definisi : 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn per­kataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawal­an, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berba­gai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetat­kan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ketat (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap,
Berantonim dengan longgar

3. Dalam konteks peraturan
bersinonim dengan keras, tegas,
Berantonim dengan longgar

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan teliti, rapi,
Berantonim dengan longgar

Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat,

Peribahasa

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Majalah

Dewan Masyarakat | Filem
menumbangkan pemimpin. Share China mahu Yuan menjadi mata wang global seperti Dolar dan Yen, yang diterima dalam urus niaga dan rizab. Walau bagaimanapun, dasar selama ini yang mengawal Yuan dengan ketat, tidak membenarkan hal itu terjadi. Share Palanivel akan mengambil alih teraju pentadbiran MIC ketika parti itu sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dalam kalangan masyarakat India. Walaupun masa tidak bersamanya, parti
Dewan Masyarakat | Antarabangsa
lebih tinggi. Share China mahu Yuan menjadi mata wang global seperti Dolar dan Yen, yang diterima dalam urus niaga dan rizab. Walau bagaimanapun, dasar selama ini yang mengawal Yuan dengan ketat, tidak membenarkan hal itu terjadi. Share Setiap perkataan atau ayat dalam bahasa bukan hanya merupakan struktur yang terpisah daripada alam makna, tetapi merupakan sistem komunikasi, budaya, dan pemikiran yang sangat
Dewan Masyarakat | Serangan Siber Luar Jangkaan
menyedarkan semua pihak bahawa “perang siber” bukan sekadar omong-omong kosong. Kini terbukti bahawa dengan hanya menggunakan sistem komputer mudah alih, laman sesawang yang dikawal oleh sistem keselamatan digital yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk. Situasi itulah yang terjadi terhadap laman sesawang dan sistem operasi syarikat
Dewan Masyarakat | RESPONS PEMBACA
bumiputera yang mahu memajukan Tanah Rizab Melayu (TRM), berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan bagi memajukan projek mereka ekoran kekurangan modal. Masalah ini lebih parah apabila pihak bank mengenakan syarat yang cukup ketat kepada pemaju Melayu yang memohon pinjaman. “Jika mereka (bank) meluluskan pinjaman pun, nilai TRM pasti ditafsirkan 20 peratus lebih rendah berbanding dengan harga semasa,” kata Wari semasa sidang media tersebut
Dewan Masyarakat | 2011 | Julai
mata mengakibatkan “gelora” di dasar laut tiada sesiapa yang tahu. Share Kini terbukti bahawa dengan hanya menggunakan sistem komputer mudah alih, laman sesawang yang dikawal oleh sistem keselamatan digital yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman
Dewan Masyarakat
kepada rakyat dan demonstrasi yang berpanjangan ini hanya mencabar kesabaran rakyat. Kini terbukti bahawa dengan hanya menggunakan sistem komputer mudah alih, laman sesawang yang dikawal oleh sistem keselamatan digital yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk. UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama
Dewan Masyarakat | Media
mangsa yang sedang dilanda krisis. Share Serangan Siber Luar Jangkaan Media Kini terbukti bahawa dengan hanya menggunakan sistem komputer mudah alih, laman sesawang yang dikawal oleh sistem keselamatan digital yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk. Share Dunia Permajalahan Sentiasa Segar? Media Majalah datang dan pergi, muncul

Kembali ke atas