Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "Keterangan" dan "Penerangan" padahal kedua-duanya menerangkan sesuatu?Apakah terjemahan yang betul untuk "Service Description"? Keterangan Perkhidmatan atau Penerangan Perkhidmatan? Terima kasih.Keterangan bermaksud huraian untuk menerangkan sesuatu, atau dalam kata yang mudah ialah penjelasan, contoh ayatnya: Semua keterangan guru itu didengar oleh Aminah dengan tenang. Manakala penerangan bermaksud perbuatan atau perihal menerangkan (menjelaskan), contoh ayat: Penerangannya padat, alasan-alasannya jitu apabila memperkatakan soal sikap anak muda kini.
Mohon tuan berikan dalam bentuk ayat, perkataan Service Description untuk pihak kami memberikan terjemahan yang tepat mengikut konsep yang dimaksudkan.

Tatabahasa26.06.2022
3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Pertanyaan soalan 3 dan 4 pada 12 April 2009 telah pihak tuan terangkan tetapi kurang menepati persoalan saya. Bolehkah membuat penerangan lagi?

3.  Keterangan bermaksud huraian untuk menerangkan sesuatu, atau dalam kata yang mudah ialah penjelasan, contoh ayatnya; semua keterangan guru itu didengar oleh Aminah dengan tenang. Manakala penerangan bermaksud perbuatan atau perihal menerangkan (menjelaskan), contoh ayat; Penerangannya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik.

4.  Saya berasa senorok yang tidak terhingga. - Ayat ini betul

Tatabahasa14.04.2009
Mohon pengesahan. Ayat : Maklumat terperinci seperti di Rajah 1-1. 1) Penggunaan yang betul bagi ayat diatas : "Maklumat" atau "Penerangan" atau "Keterangan". 2) Penggunaan bagi merujuk rajah "di Rajah 1-1" atau "pada Rajah 1-1" atau "dalam Rajah 1-1"

1) Merujuk Kamus Dewan maklumat sama maknanya dengan pemberitahuan, pengumuman dan keterangan, manakala penerangan bermaksud menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut berdasarkan makna yang hendak disampaikan.

2) Penggunaan yang betul ialah  "pada Rajah 1-1" dan "dalam Rajah 1-1".

Tatabahasa21.08.2011
1. Ali menabung wang di /ke dalam tabung. 2. Ali mengeluarkan wang dari/daripada tabungnya. Bolehkah memberikan penjelasan? 3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana betul-betul memberikan bantuan dalam masalah tatabahasa saya.

Puan Ming Hui,

Berikut penjelasan terhadap kemusyikalan puan tentang tatabahasa:

1.  Ali menabung wang di dalam tabung.

  (Nota: Kata sendi di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks ayat ini, tabung merujuk tempat untuk disimpan duit).

2.  Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya.

   (Nota: Kata sendi daripada untuk menyatakan punca misalnya manusia, benda, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat ini, daripada merujuk punca benda, iaitu tabung).

3.  Yang dimaksudkan dengan "diterangkan" dan "menerangkan" ialah merujuk hukum D-M. Penjelasan hukum D-M bermaksud D(iterangkan) dan M(enerangkan). Unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua.  Contoh, Restoran Aminah, hari esok dan sebagainya. 

4.  Saya berasa senorok yang tidak terhingga.

Tatabahasa12.04.2009
bolehkah m istilah anotasi gambar digunakan untuk memberi maksud mencatat gambar atau memberi keterangan kepada gambar atau melabel gamabr.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anotasi bermaksud nota yang ditambahkan pada teks (biasanya penulisan sastera) sebagai penerangan. Dalam Kamus Komputer, anotasi bermaksud, 1. Penerangan yang ditambah pada atur cara komputer untuk membantu pengguna membaca atur cara. Catatan ini mungkin berupa penerangan tambahan, selain ulasan yang terdapat dalam atur cara. 2. Keterangan atau ulasan yang disertakan dalam bahagian atur cara untuk menjelaskan makna atau tujuan bahagian tersebut. 3. Tindakan menanda semula cakera atau pita magnet. Berdasarkan huraian di atas, anotasi tidak sesuai digunakan untuk memberi keterangan kepada gambar.Makna24.01.2011
Tuan,Saya nak Tanya adakah struktur ayat ini betul? ❨Para peserta seminar ITU telah diberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai kaunselor .❩ Tuan, Sila memberikan keterangan yang selanjutnya dan ayat aktif dan pasif yang sebenarnya. Teeima kasih banyak-banyak.^^Peserta seminar telah diberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor.Tatabahasa06.04.2015
EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja:

Ejaan jawinnya:             

PUSAT = ڤوست
KONSERVASI = کونسرۏاسي
DAN = دان
PENERANGAN = ڤنرڠن
PENYU = ڤڽو
CHERATING =  چراتيڠ

       

 

 

Lain-lain06.09.2019
Salam sejahtera, saya ingin tanya: 1. Kamu harus pergi ke situ. "Kamu harus pergi" merupakan frasa nama atau frasa kerja? 2. "Kita diberi penerangan tentang masakan barat dalam buku ini." Jika ayat ini disongsangkan menjadi "Dalam buku ini kita diberi penerangan tentang masakan barat.", perlukah tanda koma diletakkan di belakang frasa "Dalam buku ini"? (Sila tunjukkan sekiranya ayat-ayat contoh di atas didapati kesalahan tatabahasa, terima kasih.)1. Kamu harus pergi ke situ. Dalam ayat tersebut, kamu merupakan frasa nama manakala harus pergi merupakan frasa kerja dengan keterangan arah ke situ.

2. Dalam buku ini, kita diberi penerangan tentang masakan barat.
Tatabahasa18.02.2014
( tuan,inilah penerangan tuan sebelum ini.) 1. Ayah memberi wang sakukepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. apabila objek sipi asal (wang saku dansepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi namakepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. ( tuan, bagaimana pula dengan soalan sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin.) diberi atau diberikan digunakan.

1. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 392 di bawah tajuk 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek. Perhatikan contoh ayat yang diberi:

74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.

75. Wanita itu membeli baju untuk anaknya.

Kedua-dua contoh ayat tersebut mempunyai dua objek (objek tepat dan objek sisi) dan kata sendi nama.  Tidak timbul isu perubahan kedudukan objek tepat dan objek sisi. 

2. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul.

Tatabahasa20.07.2011
penerangan mengenai laras bahasa melayu dalam mata pelajaran kemahiran hidupLaras bahasa Melayu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bermakna penggunaan bahasa Melayu yang sesuai dengan bidang berkenaan yang banyak menggunakan istilah khusus dan ayat jenis arahan dan keterangan.Lain-lain12.03.2007
1234

Kembali ke atas