Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam majlis tertentu, ada banyak ketua jabatan dan ketua unit hadir. Jadi, adakah kita menyebut ' ketua-ketua jabatan dan unit' ATAU ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit'? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah ketua-ketua jabatan dan unit.Lain-lain21.04.2010
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasihketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil.Ejaan22.09.2011
Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ?1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab.Tatabahasa12.09.2007
Ketua ketua panitia atau ketua panitia - ketua panitiaBerdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ketua-ketua panitia.Lain-lain08.09.2021
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong?1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain14.01.2007
Yang manakah yang betul ejaan bagi rangkai kata yang berikut: 1. 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah' 2. 'sepertimana' atau 'seperti mana' 3. 'Ketua-Ketua Menteri' atau 'Ketua-ketua Menteri'1. sejauh manakah
2. seperti mana
3. Ketua-ketua Menteri
Tatabahasa10.07.2013
Merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan tentang terjemahan 'Group General Counsel', pihak DBP telah memberi cadangan terjemahan "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua Pegawai Undang-undang". Untuk konteks, 'Group General Counsel' adalah merujuk kepada ketua bahagian undang-undang sebuah syarikat. Tugasnya termasuklah sebagai penasihat undang-undang dalaman syarikat kepada pentadbiran dan lembaga pengarah syarikat. Dalam konteks ini, 'Group' merujuk kepada kumpulan syarikat, sebagai contoh Sime Darby Group. Dalam konteks di atas, apakah terjemahan sesuai untuk jawatan 'Group General Counsel' ini?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Ketua Bahagian Undang-undang Kumpulan Syarikat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah16.04.2021
Apakah terjemahan sesuai untuk 'GROUP GENERAL COUNSEL'?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua  Pegawai Undang-undang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran Awam atau Undang-undang.
 
Penyemakan dan penterjemahan15.04.2021
minta penjelasan tentang masalah-masalah berikut: Contoh: 1. kenapa di akhir ayat di dalam surat rasmi tidak boleh menggunakan perkataan 'di atas' contoh: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas" 2. "Mesyuarat pada 23 Julai 2012 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan atau Ketua-ketua Jabatan?" Kedua-dua 'K' huruf besar atau cuma permulaan huruf sahaja? mohon penjelasan tuan. Terima kasih.1. Perkataan di atas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2. Ejaan Ketua-ketua Jabatan betul kerana kata ganda dikira sebagai satu perkataan, hanya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa09.08.2012
Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih!Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai.Tatabahasa04.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas