Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Keupayaan ketua-ketua kampung (Capability of Kampung Heads)Pak Pandir ModenUtusan Malaysia10.02.1983
Kudrat pilh ketua-ketua unitTiadaUtusan Malaysia11.03.1981
Pentas melantik ketua-ketua seksiTiadaBerita Harian18.11.1975
Badan tunggal: ketua-ketua penulis di Melaka bercanggah pendapatTiadaBerita Harian22.03.1976
Penolong ketua jajahan Macang dipilih ketua satu PerseniTiadaUtusan Malaysia31.05.1985
Ketua Pengarah DBP tegur stesen TV, radioHardi Effendi YaacobBerita Minggu22.03.2009
Ketua Hakim NegaraTiadaHarian Metro06.12.2007
Ketua bidangZahmy Hj YusofMingguan Wanita06.03.1992
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan setinggi-tinggiterima kasih kepada Y.B.Dato'Sri Anwar Ibrahim atas kesudian mengumumkanpemenang Hadiah Bahasa 1990 pada 1 Ogos 1991TiadaBerita harian02.08.1991
Ketua Audit dipilih terima Anugerah Yayasan Tun Abdul RazakTiadaBerita Minggu15.12.1985
12345678910...

Kembali ke atas