Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tepong kusoi[t«.poN ku.soj] sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi.   
kayu keramat[kA.ju k«.ÄA.mAt] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang kira-kira sejengkal; batang keramat.   
batang keramat[bA.tAN k«.ÄA.mAt] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang hingga sejengkal; kayu keramat.   
kole kacang[ko.le kA.tSAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong.   
kue teriak[kue t«.Äi.jA/] pelbagai jenis kuih yang dibawa sepiring seorang dengan sukarela untuk dijadikan bahan jamuan di sesuatu majlis.Besok ade belaja kat surau jangan lupe kue teriak.[be.so/ A.d« b«.lA.dZA kAt su.ÄAw dZA.NAn lu.p« kue t«.Äi.jA/]Esok ada kuliah di surau jangan lupa membawa kuih sepiring seorang.
mantan[mAn.tAn]kata namakelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih; congkel.Tolong ambek kelapa mantan tu bang due bute, nak buwat kue koci.[to.loN Am.be/ k«.lA.p« mAn.tAn tu bAN du.w«.bu.te nA/ ]Tolong ambilkan dua butir kelapa mantan, nak buat kuih koci.
congkel[tSoN.kel]kata namakelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih; mantan.Tolong ambek kelapa congkel tu bang due bute, nak buat kue koci.[to.loN Am.be/ k«.lA.p« tSoN.kel tu bAN du.w«.bu.te nA/ ]Tolong ambilkan kelapa congkel itu dua biji, nak buat kuih koci.
rangin [[ÄA.Nin]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar.   
koye[ko.j«]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap.   
kelepon[k«.le.pon]kata namakuih seperti bola kecil yang dibuat daripada tepung pulut dan berintikan gula melaka atau gula merah serta bersalut kelapa parut, onde-onde buah melaka.   
1234

Kembali ke atas