Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih.

Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)          Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau

(ii)           Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70.

Tatabahasa21.05.2014
pelbagai kuih atau pelbagai jenis kuih? pelbagai kuih-muih atau berjenis kuih-muih?Yang betul ialah pelbagai kuih.Tatabahasa07.10.2011
Kuih spera atau kuih karipap inti kelapa atau kuih karipap inti serunding kelapa. Mana sebutan sebenar untuk produk ini. Terima kasih

Sebutan yang betul ialah “kuih sepera”, “kuih karipap berintikan kelapa” dan “kuih karipap berintikan serunding kelapa”.

Lain-lain17.08.2023
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you.Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata.Tatabahasa28.04.2014
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul?

1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah.

Tatabahasa20.03.2014
1. Emak saya membuat banyak kuih - muih. 2. Banyak kuih - muih dijual di gerai makanan itu. Adakah kedua - dua ayat ini betul?Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih.  1. Emak saya membuat banyak  kuih-muih (Ayat ini betul tetapi lewah)/ Emak Saya membuat kuih-muih (ayat ini betul dan tidak lewah) dan 2. Banyak kuih-muih dijual di gerai makanan itu” betul tetapi lewah/ Banyak  kuih dijual di gerai makanan itu“ juga adalah betul dan tidak lewah.Tatabahasa22.06.2017
1. Pelbagai kuih-muih 2. Pelbagai jenis kuih-muih Ayat manakah yang betul? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut adalah betul. 1. Pelbagai kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara umum. 2. Pelbagai jenis kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara khusus, iaitu jenis-jenis kuih yang ada.Tatabahasa20.03.2014
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasihLewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Makna24.03.2014
Selamat Petang, Diharap pihak tuan dapat membantu dalam menjelaskan bagaimana untuk melaraikan sukukata untuk perkataan-perkataan berikut:- 1) kuih - /ku//ih/ atau /kuih/? 2) air - /a/ /ir/ atau /air/ atau /ai/r/? 3) radio - /ra/di//o/ atau /ra//dio/? Terima KasihSuku kata bagi perkataan kuih ialah /kuih/, air ialah /air/, radio ialah /ra.dio/.Tatabahasa04.06.2010
1) Seni Membuat Kuih Tradisional 2) Seni Pembuatan Kuih Tradisional Salam sejahtera. Sebagai tajuk, manakah diantara dua diatas lebih sesuai?Frasa Seni Membuat Kuih Tradisional dan Seni Pembuatan Kuih Tradisional adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat ialah  Seni Pembuatan Kuih Tradisional.Tatabahasa17.11.2021
12345678910...

Kembali ke atas