Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
temose[t«.m.s«]kata namakuih seperti karipap berinti kelapa yang rasanya pedas atau manis.   
roti belaok[č.ti b«.lA.w/] kuih seperti karipap tetapi intinya daripada serunding ikan.   
kueh pena[ku.weh p«.n«] sejenis kuih seperti dodol, berbentuk bintang tiga segi dan berwarna hijau.   
penganan cencen[p«.NA.nAn tSen.tSen] sejenis kuih daripada campuran tepung beras dan gula melaka yang digoreng.   
kue hati pari[ku.we hA.ti pA.Äi] sejenis kuih tradisi pahang, ia dibuat daripada jagung kampung yang dikisar dan diambil patinya, seterusnya dimasak dengan santan pekat dan gula.   
ketong I[k«.toN]kata kerjamemotong sesuatu dengan saiz yang tertentu (seperti kayu, ikan, kuih).Ketong ikan tenggiri tu kecik-kecik.[k«.toN i.kAn t«N.gi.Äi tu k«.tSi/.k«.tSi/]Potong ikan tenggiri itu kecil-kecil.
manih menekak[mA.nih m«.n«.kA/] tersangat manis.Kueh tu manih menekak, tok ambek dek orang.[ku.weh tu mA.nih m«.n«.kA/ t/ Am.be/ de/ .ÄAN]Kuih itu tersangat manis, tidak diambil orang.
boko[b.k]kata namasejenis pinggan tembikar yang digunakan untuk mengukus.Mak kukuih kue seri muke dalam boko.[mA/ ku.kuC kue s«.Äi mu.k« dA.lAm b.k]Mak kukus kuih seri muka dalam pinggan tembikar.
selepot[s«.lE.pot]kata kerjaduduk dengan tidak bergerak-gerak.Adek selepot tengok mok buat kue.[A.de s«.lE.pot tE.N m bu.wAt ku.we]Adik selepot melihat emak membuat kuih
kobong I[k.bN]kata kerjamengambil makanan yang belum dipotong di bahagian tengah dengan tangan.Jangan kobong kue talam tu.[dZA.NAn k.bN ku.we tA.lAm tu]Jangan kobong kuih talam itu.

Kembali ke atas