Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kuih dibuat dari ubi, Ada daun tidak digolong; Kini kesalan datang bertubi, Tidak siapa dapat menolong.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kuih dalam talam, Talam dari Yunan; Kami menyambut salam, Salam ikatan berzaman.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan.Pantun Melayu SarawakUmum
Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku,Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Jika ada kuih bahulu, Kurang manis seri kaya; Jika saya mati dahulu, Tuan tinggal doakan saya.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lenggang-lenggang si kuih lenggang, Lenggang sedikit dalam kuali; Emak melarang bapa melarang, Larang sedikit tidak peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas