Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaLenggang-lenggang si kuih lenggang, Lenggang sedikit dalam kuali; Emak melarang bapa melarang, Larang sedikit tidak peduli.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong?
Kurik Kundi Merah SagaBuih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan.

Kembali ke atas