Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sopang I[s.pAN]kata namasejenis kuih seperti kuih badak berendam.   
lukuih II[lu.kuih]kata adjektifbasah kuyup.Lukuih bodan Aji Maie, kono simbah ae.[lu.kuih bo.dAn A.dZi mAiE k.n sim.bAh AE]Basah kuyup badan Haji Mail, kena simbah air.
cokuih[tS.kuih]kata kerjamengambil sedikit makanan secara tidak tertib.Sapo yang cokuih gulai ni, sampai tumpah dibueke.[sA.p jAN tS.kuih gu.lAj ni sAm.pAj tum.pAh di.bu.wE/.E]Siapa yang mengambil gulai ini, hingga tumpah dibuatnya.
lukuih I[lu.kuih]kata kerjabertungkus lumus.Orang-orang ponanggah lukuih bokojo kek dapo sobab totamue ramai.[.ÄAN..ÄAN p.nAN.gAh lu.kuih b.k.dZ kE/ dA.po s.bAb t.tA.mu.E ÄA.mAj]Orang-orang penanggah bertungkus lumus bekerja di dapur kerana tetamunya ramai.
biring II[bi.ÄiN]kata adjektifberkenaan kuih yang dalam keadaan tidak melekat, tidak bercampur.Pandai bona omak buek kue lapeh tu tak bobiring lapehe.[pAn.dAj b.nA .mA/ bu.wE/ kuE lA.pEh tu tA/ b.bi.ÄiN lA.pEh.E]Pandai sungguh emak buat kuih lapis sehingga tidak melekat antara lapisnya.
binjek[bin.dZe/]kata kerjamengambil dengan tiga hujung jari (sedikit bahan).Binjek siket kue tu, omak nak raso.[bin.dZe/ si.kEt kuE tu .mA/ nA/ ÄA.s]Ambilkan secubit kuih itu, emak hendak rasa.
robu[č.bu]kata adjektifkembang, naik.Kue apam yang omak buek tu elok robue.[kuE A.pAm jAN .mA/ bu.wE/ tu E.l/ č.bu.E]Kuih apam yang emak buat itu elok kembangnya.
ulau[u.lAw]kata kerjamengalas perut.Dek nasek bolum masak, kau dah nak poi, ulau kue ni ha siket.[dE/ nA.se/ b.lom mA.sA/ kAw dAh nA/ pi u.lAw kue ni hA si.ket]Kerana nasi belum masak kau sudah hendak pergi, alas perut dengan kuih ini sikit.

Kembali ke atas