Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (diberi berinti kelapa bercampur gula dan dibungkus dgn daun pisang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kuih yg dibuat drpd tepung pulut, diberi berinti dan dibungkus dgn daun pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Boleh tak bantu saya dalam membezakan dua perkataan berikut iaitu diperbuat dan dibuat. Adakan perkataan ini sama maksud atau ada perbezaan kerana saya telah merujuk kamus dewan tetapi tidak ada perkataan diperbuat. Biasanya saya menggunakan perkataan dibuat. Contohnya: 1. Meja itu dibuat daripada kayu. Adakah ayat ini betul: 1. Kuih koci itu diperbuat daripada tepung beras. Terima kasih.Diperbuat dan dibuat ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif memperbuat dan membuat. Kamus hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif. Memperbuat sama makna dengan membuat, iaitu mengerjakan atau melakukan sesuatu. Kedua-dua ayat contoh yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.04.2012
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih!

Encik Azfar,

Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut:

karipap kentang   : currypuff with potato filling

karipap sardin      : currypuff with sardine filling

koci pandan         : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling

koci labu              : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling

lopes pandan        : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve

                               with a kind of brown sugar

pisang goreng      : banana fritters

 

 

Tatabahasa18.05.2010

Kembali ke atas