Cadangan terjemahan untuk istilah "trypophobia" iaitu fobia terhadap lubang-lubang dalam pola tertentu? | Untuk makluman, istilah "trypophobia" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tripofobia. | Istilah | 13.04.2016 |
maksud - menerawang | Menurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP. | Makna | 07.01.2007 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'cekung(lenkung)ke dalam (seperti kanta,lubang-lubang di jalan ,dan lain-lain,cawak(pada pipi),jeluk,lembang,lepek. terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas. | Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
tuan ibu ________benang itu ke dalam lubang jarum apakah perkataan yang sesuai digunkan. TQ | Ibu memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - ? Easy to clean - ? | Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - Termostat boleh laras Easy to clean - Mudah dicuci | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
Salam.. Saya ingin bertanya..antara kedua-dua ayat ini, yang manakah menunjukkan penjodoh bilangan yang sesuai? A. Puan Soong memasukkan selembar benang ke dalam lubang jarum. B. Puan Soong memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Jawapan yang tepat ialah selembar benang. | Tatabahasa | 08.11.2012 |
Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus? | Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+ | Makna | 13.11.2015 |