Menggali lubang, menutup lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lubang, gali lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gali lubang menutup lubang. | Meminjam wang untuk membayar hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Korek lubang ulat. | Sengaja mencari perselisihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurus lubang lurus penjolok. | Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengorek lubang ulat. | Sengaja mencari sebab untuk bertengkar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |