saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastian | Merujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
MAKNA MARAH | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka. | Makna | 19.10.2007 |
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANG | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka | Makna | 19.10.2007 |
Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke? | 1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul) 2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada". Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.) Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih. | Ayat majmuk yang tepat ialah 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik" tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik". | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan sama ada ayat ayat berikut betul: 1.Dia masih marah dan dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2.Dia enggan berjuma dengan sesiapa pun kerana masih marah. 3.Beliau meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri. Terima kasih. | 1. Dia masih marah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2. Dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun kerana masih lagi marah. 3. Beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri. | Tatabahasa | 19.11.2015 |
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat yang manakah betul? | Kedua-dua cadangan ayat yang dinyatakan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Saya marah dengan Abu. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya marah kepada Abu" atau lebih mudah ditulis "Saya memarahi abu". | Tatabahasa | 16.10.2022 |
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya."
| Lain-lain | 24.11.2022 |