Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ram] | مورم

Definisi : 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menye­babkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muram (adjektif)
1. Bersinonim dengan malap: suram, buram, guram, kelam, kucam, kusam, pudar, mendung, redup, kabut, kabur, kalis,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks muka
bersinonim dengan suram, pucat, layu, udam,
Berantonim dengan berseri

3. Bersinonim dengan duka: dukacita, sedih, pilu, hiba, sayu, rawan, gundah, suram, susah hati, murung, sebab, sebak, sugul, terharu, masyghul, takzim, walang,
Berantonim dengan gembira

Kata Terbitan : kemuraman,

Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana kedukacitaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dismaladj 1. gloomy, sombre, muram, suram; (of voice, song, sound) sayu, sedih; (of news) menyedihkan: ~ weather, cuaca muram; his face looked so ~, wajahnya kelihatan begitu muram; the future seemed ~, masa depan kelihatan muram; in a ~ voice, dgn suara yg sayu; ~ news, berita yg menyedihkan; 2. (colloq) very poor, teruk: a ~ performance by inexperienced actors, lakonan yg teruk oleh pelakon-pelakon yg tdk berpengalaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dolefuladj muram, suram; (of voice) sayu: a ~ expression, air muka yg muram; the funeral was a long ~ occasion, pengebumian itu merupakan upacara yg lama dan muram; “I’ve lost everything dear to me”, he said in a ~ voice, “Saya telah kehilangan segala-gala yg saya sayangi”, katanya dgn suara yg sayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sombre 2. sad and serious, a. (of person, face) suram, muram; b. (of news, thought, etc) muram: the outlook for business is still ~, prospek perniagaan masih muram; c. a (of voice) bernada sayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lugubriousadj muram, sedih; (of hymn) sedih, sayu: a ~ face, muka yg muram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sullen 2. silently bad-tempered, muram: the ~ looks of the hijackers, pandangan muram perampas kapal terbang itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drearyadj 1. gloomy, dismal, suram, muram: ~ surrounding, persekitaran yg muram; 2. (colloq) dull, boring, membosankan, menjemukan: ~ speeches, ucapan yg membosankan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wretched3. very unhappy, muram, sugul: the illness made him feel ~ for days, penyakit itu membuat dia berasa muram berhari-hari lamanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spiritless 2. sad, not cheerful, muram, sugul: she seemed broken hearted and ~, dia kelihatan patah hati dan muram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
solemn b. (of person, person’s mood, facial expression) muram, serius: they approached the bier with ~ faces, mereka mendekati jenazah itu dgn wajah yg muram; c. (of music) sayu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glumadj sad, dejected, a. (of so’s face etc) suram, muram: his face was ~ when he came out of the courtroom, mukanya suram semasa keluar dr bilik mahkamah; look ~, kelihatan /suram, muram, masyghul/: why is she looking ~ today?, kenapa dia kelihatan suram hari ini?; b. (of so’s behaviour) sedih: the conversation that night was ~ without one bright note, perbualan malam itu agak sedih tanpa satu pun cerita yg menarik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas