antagonism | penentangan/antagonisme | Geologi | Tiada | Perkaitan yang wujud antara dua organisma yang salah satu daripadanya atau kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada organisma yang satu lagi atau kepada satu sama lain, biasanya akibat cubaan organisma atau organisma-organisma tersebut untuk menempati niche ekologi yang sama. |
actinomycetin | aktinomisetin | Kimia | Tiada | Bahan lisis yang diperolehi dari Actinomyces, yang memusnahkan beberapa organisma-organisma gram positif dan negatif. |
phoresy | foresi | Biologi | Ekologi | Penyerakan satu kumpulan organisma oleh organisma perumah, misalnya tungau dan organisma lain bergerak dengan kumbang bangkai dan kumbang najis lain, dengan kumbang sebagai agen pengangkutan untuk seluruh komuniti. |
mimicry | kemimikan | Biologi | Ekologi | Keserupaan sesuatu organisma dengan organisma atau objek lain dalam sekitaran. Kemimikan bertujuan untuk menipu pemangsa atau mangsa, atau untuk melindungi diri. |
pure culture | kultur tulen | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kultur yang mengandungi sekumpulan organisma yang sama jenis tanpa organisma yang lain. 2. Kultur yang mengandung baka satu organisma sahaja tanpa organisma yang lain. |
geographical isolation | pemencilan geografi | Biologi | Ekologi | Pengasingan sesuatu organisma daripada organisma lain di sesuatu kawasan disebabkan oleh bentuk muka bumi, seperti gunung-ganang dan pulau. |
ecological isolation | pemencilan ekologi | Kejuruteraan | Tiada | Pemisahan satu kumpulan organisma daripada organisma berkaitan yang lain supaya pengacukan tidak berlaku. |
parasite | parasit | Biologi | Patologi | Organisma yang sebahagian atau seluruh hidupnya memperoleh makanan berupa karbon organik daripada organisma hidup yang lain. Hasil persekutuan ini organisma lain tersebut menderita sedangkan parasit tidak bermanfaat kepada organisma yang diparasitnya. Persekutuan kedua-kedua organisma tersebut lebih merupakan hubungan langsung yang melibatkan pengambilan makanan sahaja. bd. patogen. |
energy flow | pengaliran tenaga | Biologi | Ekologi | Pemindahan tenaga daripada satu organisma kepada organisma lain, dalam sesuatu ekosistem, melalui rantai makanan. Misalnya, pengaliran tenaga daripada matahari kepada tumbuhan hijau hingga kepada siput air, kemudian kepada ikan, dan seterusnya kepada manusia, dalam rantai makanan ekosistem kolam. |
social behaviour | lakuan sosial | Biologi | Ekologi | Lakuan organisma terhadap kehadiran organisma lain. Lakuan sosial ditunjukkan oleh kebanyakan peringkat haiwan. Organisma multisel memaparkan lakuan sosial semasa mengawan. Misalnya, burung merak betina menunjukkan lakuan seks sebelum mengawan. |