Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngua.sa] | ڤڠواس

Definisi : 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngua.sa] | ڤڠواس

Definisi : orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "superintendent" untuk kegunaan di universiti (pendidikan)? Adakah nazir atau penguasa?Untuk makluman,  istilah bahasa Melayu untuk "superintendent of schools" ialah nazir sekolah. Oleh itu, kami berpendapat istilah "nazir" lebih sesuai digunakan di universiti.Istilah03.04.2014
pertembungan budaya awam dan tenteraSoalan sdr lebih menjurus kepada persoalan budaya. Untuk itu sdr boleh mendapatkan buku-buku seperti karya Sun Tzu :The Arts of War, Muqadimmah oleh Ibnu Qaldun dan Sang Penguasa oleh Machiavelli. Buku-buku lain seperti tulisan Plato, Aristotle  juga akan dapat banyak membantu sdr. Sekian terima kasih. Lain-lain10.09.2008
Apakah istilah yang paling sesuai untuk "Category killer"? Untuk makluman, "Category killer" merujuk kepada peniaga atau perniagaan yang menguasai dan mendominasi sepenuhnya dalam satu kategori produk tertentu. Mereka menawarkan pelbagai jenis produk dalam kategori tersebut dengan harga yang kompetitif dan kualiti yang tinggi, sehingga mengurangkan kemampuan pesaing lain untuk bersaing secara efektif.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah category killer ialah penguasa kategori. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023
What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help.Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara.Istilah13.05.2009

Kembali ke atas