Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
caping[tSA.piN]kata namaperkara yang boleh mencetuskan kemarahan dan perbalahan, hal, pasal.Mung jange dok cari capingla denge we tu, diyo tu pongoh.[muN dZA.NE d/ tSA.Äi tSA.piN.lA d«.NE wE tu di.j tu Kamu janganlah cari pasal dengan we, dia tu perengus.
ngapo[N:A.po)kata kerja1. bercakap perkara yang bukan-bukan (ketika tidak sedarkan diri) dan kadangkala tidak masuk akal, meracau.Awa bule gini, mulola Saleh kecek ngapo.[A.wA bu.lE g:i.ni mu.l.lA sA.lEh k:E.tSE/ N:A.po]Awal bulan begini mulalah Saleh bercakap yang bukan-bukan.
mugo[mu.g]kata namaganti nama untuk benda, barang, perkara, binatang, orang.   
gotu[g:o.tu]kata namakata kiasan yang digunakan untuk merujuk pada benda, barang, perkara, binatang, orang.Mok sipe gotu mano?[m/ si.pE g:.tu m:A.n]Mak simpan benda tu di mana?
bo[b:]kata tugasjangan, sudah, cukup.Bo la buwak krijo hok tok molek tu.[b: lA bu.wA/ kÄi.dZ h/ t/ m.lE/ tu]Berhentilah buat perkara yang tak baik tu.
poteng[p.teN]kata kerjamengalih tajuk perbualan.Kalu sebut ha tu gak, mung poteng crito laeng slalu.[kA.lu s«.bo/ hA tu gA/ muN p.tEN tSÄi.t lAeN slA.lu]Kalau sebut perkara tu, kamu terus alih tajuk perbualan pada cerita lain.
kemesek[k«.mE.sE/]kata adjektifsenang sangat, amat mudah, senang.Bendo kemesek lagu tu pong mung tok leh buwak.[b«n.d k«.mE.sE/ lA.gu tu poN muN t/ leh bu.wA/]Perkara mudah macam tu pun kamu tak boleh buat.
limoh[li.mh]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tidak susah atau sukar, mudah, senang.Bendo limoh lagu tu pong mung tok leh buwak.[b«n.d li.mh lA.gu tu poN muN t/ leh bu.wA/]Perkara senang macam tu pun kamu tak boleh buat.
narak ko[n:A.ÄA/ k] takkanlah (kerana sebab tertentu yang sebelumnya).Kito ke saeng lamo doh, narak ko kih tu pong mung nok maroh.[ki.t kE s:AeN lA.m dh n:A.ÄA/ k kih tu poN muN n/ mA.čh]Kitakan dah lama berkawan, takkanlah kerana perkara tu pun kamu dah nak marah.

Kembali ke atas