Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)

159

A man is remembered by his deed

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tun Mohd Said Keruak Dari Rakyat Bersama Rakyat Tiada1994983-99959-1-X
Antologi sastra daerah Nusantara : cerita rakyat suara rakyatYayasan Obor IndonesiaTiada1999979-461-333-9
Cerita rakyat orang Iban : cerita rakyat SarawakUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada20079789676120669
Wakil pilihan rakyat: direktori ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri 2004-2009Kaedah Kota Management (M) Sdn. Bhd.Tiada20051823-2639
Rakyat raja dan kerajaan: ketatanegaraan peribumi bangsa rumpun Melayu Tiada2016978-967-13677-0-4
Rakyat SahniDewan Bahasa dan PustakaTiada[19??] 
Rakyat Malaysia ketahuilah hak andaPenerbit Fajar BaktiTiada19879676500135
Rakyat menggugatJabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS PusatTiada1967 
Rakyat Palestin bersuaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-7652-1
Rakyat SahniDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19939836236414
12345678910...

Kembali ke atas