Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rén.cong] | رينچوڠ

Definisi : (réncong) sj badik (Acheh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rén.cong] | رينچوڠ

Definisi : (réncong) rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat; merencong 1. memotong (mengerat, mem­buat) rencong: dahan-dahan yg besar hendak­­lah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak di­pacakkan; 2. meruncing: menara yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas; kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah yg menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yg dicarinya disimpan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rén.cong] | رينچوڠ

Definisi : /réncong/ serong hujungnya (potongannya atau keratannya): Pepat di luar, ~ di dalam. merencong berbentuk rencong; meruncing. merencongkan memotong (membuat) supaya rencong: Dia ~ kayu itu supaya mudah dipacakkan. kerencongan keadaan rencong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rén.cong] | رينچوڠ

Definisi : /réncong/, = ~ Aceh sj badik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencong (adjektif)
Bersinonim dengan serong, rancung, sayung, tirus, runcing;,
Kata Terbitan : merencong,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sini saya nak bertanyakan soalan, apakah dasar terkini Dewan Bahasa dan Pustaka tetang penggunaan: Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, dan Tulisan Kawi. kepada "penulisan dan persuratan berbahasa Melayu". Adakah ketiga-tiga tulisan tersebut masih mempunyai nilai rasmi yang mengikuti standard kegunaan umum DBP seperti tulisan rumi dan jawi? -Minta tolong segera jawab soalan ini, kerana jawapan kepada soalan ini saya akan kemukakan kepada sidang penyelia Wikipedia bahasa Melayu untuk panitia dasar dan garis paduan. Terima kasih

Hanya sedikit maklumat yang berkaitan dengan telusian rencong dalam sumber rujukan kami. EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal  dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India. Kini hanya tulisan rumi yang digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi masih digunakan, namun penggunaannya tidak meluas dalam persuratan Melayu mutakhir.

Lain-lain13.11.2011
salam..adakah di dewan bahasa ini terdapat bahan manuskrip bahasa arab? banyakkah bahan tersebut ada di sini?

Terima kasih atas soalan anda.

Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, manuskrip merupakan salah satu koleksi utama. Koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan ini telah terkumpul sejak tahun 1956 hingga 2006 yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain seperti Batak, Acheh,Arab,Campa dan Sanskrit serta merakamkan pelbagai bentuk penulisan termasuk Jawi,Batak dan Rencong.

Saudara disarankan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu untuk membuat pemilihan dan semakan.

sekian, Terima kasih

Lain-lain30.12.2009
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan.

Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.

1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata;

2.  Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan:

Tatabahasa09.02.2010
Selamat sejahtera (Helo), baru-baru dikhabarkan perkhidmatan "Google Translate" ingin menambahkan seribu bahasa baharu. Menurut jurutera perisian kanan Google Translate, Isaac Caswell dalam pengumuman itu, ini adalah pengembangan alat terbesar yang pernah dibuat melalui model bahasa besar PaLM 2nya. “Google Translate memecahkan halangan bahasa untuk membantu orang ramai berhubung dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Saya mahu ajukan satu cadangan kpd pihak DBP supaya memasukkan juga bahasa-bahasa loghat atau bahasa-bahasa suku-suku yg ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak, termasuk Melayu (Kelantan), Melayu (Terengganu), Melayu (Kedah), Melayu (Perak), Melayu (Pulau Pinang), Melayu (Patani/Thai Selatan), Melayu (Kuala Lumpur), Melayu (Negeri Sembilan), Melayu (Melaka), Melayu (Pahang), Melayu (Sabah), Melayu (Sarawak), Melayu (Perlis), Melayu (Johor), Melayu (Singapura), Melayu (Brunei), Melayu (Selangor), dll serta saya juga berharap supaya DBP juga memasukkan bahasa Melayu mengikut tulisan-tulisan warisan kebudayaan Melayu spt Melayu (Rencong), Melayu (Jawi), Melayu (Palawa), dan Melayu (Kawi). Semoga pihak DBP dpt mempertimbangkannya supaya dpt mengangkat kelestarian bahasa-bahasa milik kebudayaan Malaysia kita❤️Pihak DBP mengucapkan terima kasih atas cadangan dan sokongan tuan kepada kami. Untuk makluman tuan, dialek-dialek negeri di Malaysia ada dirakamkan dalam portal prpm.dbp.gov.my. Kami juga akan berusaha dari semasa ke semasa untuk mengemas kini dan menambah baik data-data dalam portal ini. Lain-lain30.06.2024

Kembali ke atas