Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rencong (adjektif)
Bersinonim dengan serong, rancung, sayung, tirus, runcing;,
Kata Terbitan : merencong,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENCONG ACEH

RENCONG ACEH, sejenis senjata pendek tradisional yang tajam sebelah bagi masyarakat Aceh. Kadangkala senjata ini digunakan sebagai perhiasan. Rencong lazimnya disebut ‘reuncong’ atau ‘rincong’ dalam bahasa Aceh. Keistimewaan senjata ini terletak pada hulu atau tangkainya. Jenis-jenis rencong dapat diketahui dengan melihat hulunya.

BUDAYAAlat/Alatan
EJAAN DAN TULISAN RENCONG

EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal  dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.

BAHASABahasa
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan
IDRIS SARDIIDRIS SARDI (1939-  ), pemain biola, pencipta lagu dan penata muzik filem, Indonesia. Dia lahir pada 6 Jun 1939 di Jakarta, Indonesia. Idris mewarisi bakat dalam bidang muzik daripada bapanya, Sardi dan datuknya. Bapanya ialah orang Indonesia pertama menggubah muzik latar filem pada tahun 1930-an di Indonesia, termasuklah filem Rencong Aceh yang turut dibintangi oleh ibu Idris, Hadijah.BUDAYATokoh

Kembali ke atas