Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah beza penggunaan 'rupanya' dengan 'rupa-rupanya'? Harap tuan/puan nyatakan ayat contoh. Terima kasih.Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar; sebetulnya, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
a) Kusangka dia ada di rumah, rupanya dia sudah keluar
b) Rupa-rupanya rundingan damai di Paris itu akan berhasil.
Tatabahasa30.04.2014
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih.1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 
3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa17.04.2012
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada!1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa16.10.2012
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih.Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin.Tatabahasa29.02.2012
Minta tanya. "Rupa-rupanya Mimi ialah seorang tukang jahit." atau "Rupa-rupanya Mimi adalah seorang tukang jahit." Yang manakah betul? Adakah "seorang tukang jahit" merupakan frasa nama, jadi "ialah" lebih sesuai digunakan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Rupa-rupanya Mimi ialah seorang tukang jahit."Tatabahasa16.02.2016
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya.Tatabahasa15.10.2011
1.____, kamu rupa-rupanya yang mengambil beg saya! 2._____, rupa-rupanya kamu yang mencuri pen saya! Apakah kata seru yang paling sesuai untuk ayat-ayat ini?Kata seru yang sesuai digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut ialah oh.Tatabahasa24.08.2013
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012
Ayat tersebut betul atau salah... 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya.1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu.
3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya.
Ayat 1 dan 3 betul, manakala ayat 2 kurang tepat.
Tatabahasa27.10.2014
1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang).

2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!

3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat.

Karya23.07.2010
1234

Kembali ke atas