Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berĀ­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Mentawai) rumah sementara waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuk (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, samping, lambung, sebelah, tepi;,
Kata Terbitan : merusuk,

Puisi
 

Darilah mana kajangku tiris,
     Dari pucuk sampailah ke rebung;
Darilah mana kupandang manis,
     Darilah rusuk sampailah ke punggung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya bertanya, dari manakah asal usul istilah 'Tumbuk rusuk', dan mengapakah maksudnya 'memberi atau menerima rasuah'?

“Tumbuk rusuk” ialah bahasa kiasan yang membawa maksud perbuatan rasuah, sogok, makan suap.

Makna14.01.2015
Cadangan terjemahan untuk istilah "rib eye steak"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "rib eye steak" ialah stik mata rusuk.Istilah25.04.2016
bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 
2. Chicken Thigh - Paha Ayam 
3. Chicken Wings - Kepak Ayam
4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 
5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam
6. Chicken Fillet - Filet Ayam
7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang
8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang
9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang
10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
13. Chicken Neck - Leher Ayam
14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam
15. Chicken Liver - Hati Ayam
16. Chicken Feet - Kaki Ayam
17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam
18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah
19. Chicken Drummet - Drumet Ayam
20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam
21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam
22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Bolehkah 'airside' diterjemahkan sebagai 'kawasan lapangan terbang' (konteks : bahagian airside di lapangan terbang)Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "airside' ialah rusuk udara. Maksud istilah ini ialah kawasan di lapangan terbang atau bangunan terminal yang pergerakan masuk orang ramai dikawal.Istilah26.08.2016
Terima kasih atas jawapan dan nasihat saudara, 1.Saya sedang berbual dengan kawan saya.Perkataan berbual betul???atau guna berbual-bual. 2.Penggunaan perkataan samping , tepi , sebelah ??? Terima kasihYang betul ialah saya sedang berbual-bual dengan kawan saya. Perkataan "samping" mengikut Kamus Dewan bermaksud di sebelah, di rusuk, di sisi. Oleh itu, perlu ada kata sendi "di", dan maknanya sama dengan "tepi" dan "sebelah".Tatabahasa30.05.2007
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas